“JOM MENABUNG SAHAM AKHIRAT
BERSAMA KAMI”
Dalam Pembangunan Pusat Dakwah & Pusat Tahfiz Asnaf
———————————————————————————
Sebut sahaja tentang infak atau sedekah, pasti akan terlintas akan kelebihannya dalam fikiran kita. Bahkan dalam al-Quran dan hadis juga telah disebutkan secara jelas tentang amalan baik ini.
“Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.”
(Surah Ali Imran ayat 92)
“Sesiapa yang berinfak (hartanya) sebanyak dua kali di jalan Allah maka dia akan diseru untuk masuk melalui pintu syurga. “Wahai hamba Allah, ini adalah kebaikan.” Sesiapa yang banyak melakukan solat maka dia akan dipanggil (masuk syurga) melalui pintu solat. Sesiapa yang banyak berjihad maka dia akan diseru melalui pintu jihad. Sesiapa yang banyak berpuasa maka dia akan dipanggil melalui pintu puasa. Dan sesiapa yang banyak bersedekah maka dia akan dipanggil melalui pintu sedekah.”
Riwayat Al-Bukhari (1897) dan Muslim (1705)
Ini adalah antara tanda bahawa Allah amat mencintai golongan yang gemar bersedekah. Kerana bersedekah itu tanda syukur.
———————————————————————————
PEMBANGUNAN PUSAT DAKWAH DAN PUSAT PENDIDIKAN ASNAF DI NILAI
Oleh itu, kami ingin mengajak anda untuk bersama-sama menjayakan perancangan dan pembangunan projek DUNIA AKHIRAT yang bernilai RM10 JUTA ini.
KENAPA PROJEK INI PERLU DIJAYAKAN?
Membangunkan Masyarakat Yang Mengamalkan Ajaran Al-Quran
Al-Quran adalah sebaik-baik panduan hidup di dunia. Justeru untuk mengamalkannya, perlu kepada pembelajaran untuk memahami, mendalami seterusnya diaplikasikan dalam kehidupan.
Untuk Membantu Lebih Ramai Individu Mendalami Ilmu Agama dan Ilmu Al-Quran
Kurang berkemampuan tidak seharusnya menjadi penghalang kepada masyarakat Islam untuk mendalami ilmu agama dan ilmu Al-Quran. Bahkan, dengan adanya pengetahuan agama yang baik dapat membantu dalam mengharungi ujian kehidupan di dunia.
Menjadi Sebagai Salah Satu Pusat Pendidikan Agama dan Al-Quran Yang Efektif
Dengan adanya kaedah pengajaran yang mudah difahami serta tenaga pengajar dan kemudahan fasiliti yang baik, ia dapat membantu dan membolehkan para pelajar yang mendapat pendidikan di pusat ini untuk mempraktikkan hasil pembelajaran secara langsung dalam kehidupan dan bacaan Al-Quran.
“Menjadi Dermawan di Dunia, Jutawan di Akhirat Sana”
————————————————————————————————————
SASARAN PENERIMA DANA INFAK:
Golongan FAKIR MISKIN yang ingin mempelajari dan mendalami ilmu pengetahuan agama Islam
Individu yang tergolong sebagai ASNAF yang ingin mendalami ilmu berkaitan al-Quran khususnya dalam pengajian tahfiz al-Quran
BENTUK PENGGUNAAN DANA INFAK
FASILITI DAN PENGOPERASIAN
Untuk pembinaan serta pengurusan pusat dakwah dan pusat pendidikan tahfiz al-Quran
BANTUAN PENDIDIKAN
Untuk membiayai perbelanjaan dan keperluan harian pelajar daripada golongan asnaf
————————————————————————————————
TANDA PENGHARGAAN BUAT ANDA YANG SUDI MENYUMBANG
PAKEJ INFAQ PREMIUM (RM 60-RM200)
HADIAH BERNILAI RM 150.00
Seminar Rahsia Simbol Quran (RSQ) bernilai RM 150 secara PERCUMA
In Syaa Allah, dapat membantu melancarkan bacaan al-Quran tuan/puan
Dijalankan selama 1 hari pada hari Sabtu secara online
PAKEJ INFAQ EXCLUSIVE (RM 300- RM 900)
HADIAH BERNILAI RM 1999.00
Pakej Azdan Masterclass Intensive (AMI) yang bernilai RM 199 secara PERCUMA selama SEBULAN - Bimbingan untuk menguasai ilmu tajwid dan ilmu al-Quran dalam tempoh yang singkat dengan kaedah yang MUDAH dan PANTAS.
Pakej Seminar Mengaji Mantap yang bernilai RM 299 secara PERCUMA - Lebih 20,000 dewasa telah berjaya dibantu melalui seminar ini.
Pakej Pengajian Harian: “Ngaji Sampai Pro” yang bernilai RM 499 secara PERCUMA
PAKEJ INFAQ ELITE (RM 1000.00 ke atas)
HADIAH BERNILAI RM 3999.00
Senaskah Al-Quran Exclusive bernilai RM 190 secara PERCUMA - dilengkapi dengan terjemahan Bahasa Melayu beserta kod-kod tajwid berwarna yang mudah difahami bagi membantu anda membaca Al-Quran dengan sebutan yang betul.
Pakej Azdan Masterclass Intensive (AMI) yang bernilai RM 199 secara PERCUMA selama SEBULAN
Pakej Seminar Mengaji Mantap yang bernilai RM 299 secara PERCUMA
—————————————————————————————————
SAYA NAK WAKAF SEKARANG JUGA!
✅ Sila buat pilihan pakej infaq di bawah
✅ Isikan butiran anda dalam ruangan kotak yang disediakan
✅ Pilih akaun bank anda untuk terus buat sumbangan
atau
✅ Jika ingin membuat sumbangan secara manual / Bank Transfer / CDM,
boleh bank in ke akaun di bawah:
Bank: MAYBANK
Nama: Pertubuhan Azdan Negeri Sembilan
No Akaun : 5551 0833 2372
————————————————————————————————
Sila letakkan reference "WAKAF" untuk memudahkan pihak kami
mengagihkan dana yang telah disumbangkan
Ayuh hulurkan sumbangan semampu yang boleh agar lebih ramai golongan asnaf yang dapat dibantu.
Tanpa sumbangan anda yang budiman, misi membangun pusat dakwah dan pusat pendidikan tahfiz ini mungkin tidak akan berjalan dengan lancar atau terbantut.
"Tidak ada balasan untuk kebaikan selain kebaikan (juga"
- Surah ar-Rahman, ayat 60 -
————————————————————————————
[PENTING] AKAD WAKAF
Mohon dibacakan sekali akad wakaf seperti di bawah:
"Saya dengan ini berwakaf sebanyak (jumlah wang yang diwakafkan) atas nama (niat wakaf atas nama siapa) untuk Pembangunan Pusat Dakwah dan Pusat Pendidikan Tahfiz Anak Asnaf di Nilai yang dikelola
oleh Pertubuhan Azdan."
Selepas membaca akad ini, anda boleh isikan borang maklumat di bawah dan membuat transaksi wakaf.