“DANA SEGERA DIPERLUKAN

UNTUK PUSAT DAKWAH

DAN PENDIDIKAN TAHFIZ ASNAF"

(Rebutlah peluang untuk menderma di bulan Ramadan)


Bulan Ramadan bulan yang penuh dengan barakah.

Setiap amalan yang dilakukan

akan dilipat gandakan pahala

termasuk sedekah. 


Sabda Rasulullah SAW:

"Sedekah paling utama

adalah sedekah di bulan Ramadan." 

(HR At-Tirmidzi dari Anas)





Ketika kita dan anak-anak selesa

menuntut ilmu di pusat pengajian,

masih ramai golongan asnaf

yang terbiar tanpa didikan agama yang betul.





Dek kerana kesempitan wang

yang dihadapi, mereka terpaksa menguburkan

sahaja hasrat untuk belajar agama

apatah lagi menghantar anak-anak mereka

ke pusat tahfiz.




Pastinya perkara ini membebankan mereka

disebabkan oleh kesempitan hidup

yang terpaksa mereka lalui.  




Bagi meringankan beban mereka,

Pertubuhan Azdan berusaha

mencari inisiatif untuk membantu golongan asnaf

yang tinggal di sekitar Nilai

mempelajari ilmu agama

dan menghantar anak-anak mereka

ke pusat tahfiz. 


Ketiadaan dana menyukarkan

Pertubuhan Azdan untuk meneruskan

misi membantu meningkatkan taraf pendidikan

golongan asnaf. 


Sedekah tidak semestinya

dilakukan dalam jumlah yang banyak.

Cukup sekadar yang termampu

mengikut keikhlasan hati masing-masing. 



Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah menerima amalan sedekah

dan mengambilnya dengan tangan kanan-Nya.

Lalu Allah mengembangkan pahalanya

untuk salah seorang dari kalian,

sebagaimana kalian mengembangkan

seekor anak kuda.

Sampai-sampai sedekah yang hanya sebiji

boleh berkembang hingga sebesar gunung Uhud.”

(HR. At Tirmidzi 662)



Orang yang bersedekah takkan pernah berkurang rezekinya

malah semakin bertambah

bergantung kepada keikhlasan seseorang itu. 

---------------------------------------------



KENAPA BINA PUSAT TAHFIZ?


Masalah sosial yang semakin meningkat

di kalangan remaja.

Ini disebabkan oleh kurangnya didikan agama

samada di rumah mahupun di sekolah.







Masih ramai yang tidak pandai mengaji

dengan betul

Mungkin kerana kurang dipraktikkan


ataupun kerana belajar daripada guru yang tidak diiktiraf.



 


Mewujudkan sistem pendidikan agama

yang mudah difahami.

Sistem pendidikan yang efektif akan dipraktikan

bagi membolehkan para pelajar

mudah memahami dan mempraktikkan

ilmu agama yang dipelajari di dunia luar. 





Sumbangan daripada orang ramai

sangat dialu-alukan bagi mempercepatkan

proses pengutipan dana yang berjumlah

RM10 juta sekaligus menjayakan projek


PEMBANGUNAN PUSAT DAKWAH

DAN PUSAT PENDIDIKAN ANAK ASNAF

DI NILAI.



Sempena bulan Ramadan yang masih berbaki ini,

Pertubuhan Azdan ingin mengajak anda

merebut peluang dengan berinfaq membantu

meningkatkan taraf pendidikan golongan asnaf.

--------------------------------------------



SASARAN PENERIMA BANTUAN:


1. Fakir miskin

Golongan asnaf yang ingin meningkatkan

ilmu pengetahuan tentang agama Islam.


2. Pengajian tahfiz

Untuk mereka yang ingin belajar lebih mendalam

tentang pengajian Al-Quran.



BAGAIMANA BANTUAN ANDA AKAN DIGUNAKAN?


1. Fasiliti dan operasi

Digunakan untuk pembinaan dan pengurusan

pusat dakwah dan tahfiz.


2. Keperluan pelajar

Pelajar yang daripada golongan asnaf

akan menerima bantuan keperluan harian.

---------------------------------------------


Bersempena dengan sumbangan anda,

Pertubuhan Azdan ingin memberikan sedikit

hadiah sagu hati atas kemurahan hati anda

menyumbangkan dana

untuk membantu golongan asnaf.






Khas untuk Tuan/Puan

yang berinfaq RM 60 - RM 200,

Ustaz nak berikan sesi

  ‘Azdan Fastrack Bootcamp’ (AFB)'

yang akan berlangsung selama 1 hari


Seminar ini akan membantu Tuan/Puan

untuk melancarkan bacaan Al-Quran.

Yuran seminar yang berjumlah RM299

akan diberikan kepada Tuan/Puan

secara PERCUMA.




 



Khas untuk anda yang memilih pakej Exclusive

dan berinfaq di antara RM300 - RM900,

anda akan menerima pakej

"Azdan Masterclass Intensive (AMI)"

yang bernilai RM199

secara PERCUMA selama sebulan.


Tuan/Puan akan dibimbing

menggunakan kaedah yang terbaru, mudah

dan pantas. Tak perlu pening menghafal

berpuluh-puluh hukum tajwid.

Anda boleh menguasai ilmu tajwid

dan asas dalam masa yang singkat.


Tuan/Puan  juga akan dapat

"Pengajian Harian - Ngaji Sampai Pro"

yang bernilai RM 499 secara PERCUMA.


  Yang paling seronok!

Tuan/Puan akan dapat Bonus Modul Azdan

bernilai RM99 beserta Postage PERCUMA.


Nilai hadiah-hadiah ini jika dicampurkan

bernilai RM 1,999

tetapi kepada Tuan/Puan

yang pilih Pakej Infaq Exclusive ini,

Ustaz nak berikan secara PERCUMA sahaja!






Khas untuk Tuan/Puan

yang berinfaq RM 1000 ke atas,

Ustaz nak berikan

senaskhah Al-Quran Exclusive

daripada Azdan yang bernilai RM 190

secara PERCUMA.


Al-Quran Azdan ini bukan sahaja dilengkapi

dengan terjemahan Bahasa Melayu

bagi setiap ayat, bahkan ianya disertakan

dengan kod-kod tajwid

berwarna yang mudah difahami

bagi membantu anda membaca Al-Quran

dengan sebutan yang betul.


Bukan itu sahaja,


Ustaz nak berikan juga kepada Tuan/Puan

Kelas "Azdan Masterclass Intensive (AMI)"

yang bernilai RM199

secara PERCUMA selama sebulan.


Tuan/Puan juga akan dapat

"Pengajian Harian - Ngaji Sampai Pro"


yang bernilai RM499 secara PERCUMA.


Dan juga Tiket Akses PERCUMA
kepada

semua video panduan

dan Seminar Intensif Kaedah Azdan

bernilai RM249.


Nilai hadiah-hadiah ini jika dicampurkan

bernilai RM 3,999

tetapi kepada Tuan/Puan yang pilih

Pakej Infaq Elite ini,

Ustaz nak berikan secara PERCUMA sahaja!

--------------------------------------------


SAYA NAK WAKAF

SEKARANG JUGA!


✅ Sila buat pilihan pakej infaq di bawah

✅ Isikan butiran anda

dalam ruangan kotak yang disediakan

✅ Pilih akaun bank anda

untuk terus buat sumbangan

atau

✅ Jika ingin membuat  sumbangan  

secara manual

/ Bank Transfer / CDM,

boleh bank in ke akaun di bawah:

Bank: MAYBANK

Nama: Pertubuhan Azdan Negeri Sembilan

No Akaun :  5551 0833 2372

Sila letakkan reference "WAKAF"

untuk memudahkan pihak kami

mengagihkan dana yang telah disumbangkan

----------------------------------------------

 

AYUH BANTU TINGKATKAN

PENDIDIKAN GOLONGAN ASNAF.


Bersempena dengan bulan Ramadan

yang masih berbaki ini,

ayuhlah rebut peluang berinfaq

membantu golongan asnaf

meningatkan taraf pendidikan mereka. 


Allah sangat suka akan hambaNya

yang suka membantu

golongan yang memerlukan bantuan.

Mereka yang berinfaq untuk

membantu orang lain akan ditambah

dan dilapangkan rezeki

oleh Allah SWT.


“Barangsiapa meminjami Allah

dengan pinjaman yang baik

maka Allah akan melipatgandakan ganti

kepadanya dengan banyak. Allah

menahan dan melapangkan (rezeki),

dan kepada-Nya lah

kamu dikembalikan.” 

(Q.S Al-Baqarah: 245)



Ayuh rebut peluang berinfaq

di bulan Ramadan ini selagi masih bernyawa!


[PENTING] AKAD WAKAF


Mohon dibacakan sekali akad wakaf seperti di bawah:

 

"Saya dengan ini berwakaf sebanyak

(jumlah wang yang diwakafkan) atas nama

(niat wakaf atas nama siapa)

untuk Pembangunan Pusat Dakwah

dan Pusat Pendidikan Tahfiz Anak Asnaf

di Nilai yang dikelola oleh

Pertubuhan Azdan."


Selepas membaca akad ini,

anda boleh isikan

borang maklumat di bawah

dan membuat transaksi wakaf.


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
PAKEJ INFAQ ELITE - (RM 1000 KE ATAS)
PAKEJ INFAQ EXCLUSIVE - (RM 300 - RM 900)
PAKEJ INFAQ PREMIUM - (RM 60 - RM 200)
PAKEJ INFAQ SEIKHLAS HATI (RM 30 - RM 50)
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN


PENGESAHAN